Gerak Khas The Movie II
| Gerak Khas The Movie II | |
|---|---|
Poster keluaran tayangan | |
| Pengarah | Yusof Haslam |
| Penulis | Yusof Haslam |
| Lakon layar | Yusof Haslam |
| Berdasarkan | Gerak Khas oleh Yusof Haslam |
| Dihasilkan oleh | Yusof Haslam |
| Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 1.50 Juta |
| Pecah panggung | RM 3.07 Juta |
Gerak Khas The Movie II merupakan sebuah filem aksi kepolisan Malaysia 2002 berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Gerak Khas The Movie. Filem yang diterbitkan, ditulis dan diarahkan oleh Yusof Haslam ini dibintangi oleh Abby Abadi, AC Mizal dan Juliana Banos. Filem ini mengisahkan Inspektor Mazlan (AC Mizal) dan Inspektor Aleeza (Abby Abadi) ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Jalaluddin Hassan). Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 23 Mei 2002.Filem ini menjalankan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur termasuk Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur,Jalan Hang Tuah (lokasi sama drama) manakala adegan laut dan hutan dibuat di Janda Baik,Pahang dan Pulau Pinang serta adegan gudang di Port Klang