Gekijōban Karakai Jōzu no Takagi-san
| Gekijōban Karakai Jōzu no Takagi-san | |
|---|---|
| Jepun | 劇場版 からかい上手の高木さん |
| Hepburn | Gekijōban Karakai Jōzu no Takagi-san |
| Pengarah | Hiroaki Akagi |
| Lakon layar |
|
| Berdasarkan | Karakai Jōzu no Takagi-san dan Ashita wa Doyōbi oleh Sōichirō Yamamoto |
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Masato Makino |
| Disunting oleh | Yumiko Nakaba |
| Muzik oleh | Hiroaki Tsutsumi |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Toho Visual Entertainment |
Tarikh tayangan |
|
| Negara | Jepun |
| Bahasa | Jepun |
Gekijōban Karakai Jōzu no Takagi-san (劇場版 からかい上手の高木さん, "Takagi si Pakar Sakat Versi Filem", tajuk antarabangsa bahasa Inggeris: Teasing Master Takagi-san: The Movie) ialah filem animasi Jepun akan datang berdasarkan siri manga Karakai Jōzu no Takagi-san dan cerita rantingnya Ashita wa Doyōbi, kedua-duanya ditulis dan diilustrasikan oleh Sōichirō Yamamoto. Dihasilkan oleh Shin-Ei Animation, filem ini diarahkan oleh Hiroaki Akagi daripada skrip yang ditulis oleh Hiroko Fukuda, Aki Itami, dan Kan'ichi Katō. Dalam filem itu, Takagi dan Nishikata menghabiskan musim panas terakhir dalam tahun ketiga mereka di sekolah menengah rendah.
Pada mulanya didedahkan pada Ogos 2021, filem itu disahkan bersama pengumuman musim ketiga untuk siri anime Karakai Jōzu no Takagi-san pada bulan September. Kakitangan musim ketiga diumumkan akan menerajui filem itu pada Mac 2022, dengan Rie Takahashi dan Yuki Kaji kembali untuk memainkan semula watak masing-masing sebagai Takagi dan Nishikata. Kakitangan tambahan dan pelakon filem itu didedahkan pada April 2022.
Gekijōban Karakai Jōzu no Takagi-san mengadakan tayangan di Bandar Chiyoda, Tokyo pada 4 Jun 2022, dan akan ditayangkan di Jepun pada 10 Jun.