Haruka Tomatsu
Haruka Tomatsu | |
|---|---|
戸松 遥 | |
Tomatsu pada tahun 2021. | |
| Kelahiran | 4 Februari 1990 Ichinomiya, Aichi, Jepun |
| Pekerjaan | |
| Tahun aktif | 2000–kini |
| Majikan | Music Ray'n |
| Ketinggian | 165 cm (5 ka 5 in) |
| Pasangan | tidak diketahui (k. 2019) |
| Anak-anak | 1 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Sony Music Entertainment Japan / Music Ray'n (Jepun) |
| Laman web rasmi | tomatsuharuka |
Haruka Tomatsu (戸松 遥, Tomatsu Haruka, lahir 4 Februari 1990) ialah seorang pelakon, pelakon suara latar dan penyanyi wanita kelahiran Jepun, yang bergabung di Music Ray'n. Beliau memenangi anugerah Rookie of the Year di Anugerah Seiyu ke-3 dan Anugerah Synergy di Anugerah Seiyu ke-9. Tomatsu terkenal kerana beliau menyuarakan watak-watak animasi protagonis utama iaitu Asuna Yuuki di Sword Art Online, Saki Rukino di Valvrave the Liberator, Zero Two di Darling in the Franxx, Lala Satalin Deviluke di To LOVE-Ru, Kyoko Hori di Horimiya, Morgiana di Magi: The Labyrinth of Magic, Eleonora Viltaria di Lord Marksman and Vanadis dan Naruko "Anaru" Anjo di Anohana.
Tomatsu memulakan kerjaya nyanyian pada tahun 2008, yang menyanyikan lagu berjudul "Naissance" yang digunakan sebagai tema penamat kepada siri drama televisyen Here Is Greenwood. Single keduanya "Motto Hade ni Ne" digunakan sebagai tema pembukaan kepada Kannagi: Crazy Shrine Maidens. Pada tahun 2009, beliau menjadi sebahagian daripada unit muzik Sphere, bersama Aki Toyosaki, Minako Kotobuki dan Ayahi Takagaki. Beliau mengeluarkan album pertamanya "Rainbow Road" pada tahun 2010, dan dua album kompilasi pada tahun 2016.