Karakai Jōzu no Takagi-san

Karakai Jōzu no Takagi-san
からかい上手の高木さん
(Karakai Jōzu no Takagi-san)
GenreKomedi romantik, secebis kehidupan
Manga
PengarangSōichirō Yamamoto
PenerbitShogakukan
DemografikShōnen
Majalah AsalShōnen Ahad Bulanan
Tarikh Pengeluaran2013 – kini
Jilid6
Manga
Ashita wa Doyōbi
PengarangSōichirō Yamamoto
PenerbitShogakukan
Majalah AsalYomiuri Chuukousei Shinbun
Tarikh PengeluaranNovember 2014November 2015
Jilid2
Manga
Karakai Jōzu no (Moto) Takagi-san
PengarangSōichirō Yamamoto
IlustrasiMifumi Inaba
PenerbitShogakukan
DemografikShōnen
PencetakanGessan Shōnen Sunday Comics
Majalah AsalMangaONE
Tarikh Pengeluaran15 Julai 2017 – kini
Siri televisyen anime
PengarahHiroaki Akagi
Skrip/PenulisMichiko Yokote
Lagu/MuzikHiroaki Tsutsumi
StudioShin-Ei Animation
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalTokyo MX, ytv, BS11
Penyiaran bahasa Inggeris
Animax Asia (musim 1)
Tarikh tayangan8 Januari 201826 Mac 2022
Episod36 + OVA
Filem anime

Karakai Jōzu no Takagi-san (からかい上手の高木さん, "Takagi si Pakar Sakat", tajuk antarabangsa bahasa Inggeris: Teasing Master Takagi-san) merupakan siri manga Jepun dihasilkan oleh Sōichirō Yamamoto. Siri ini menampilkan kehidupan seharian Takagi, yang suka mengusik rakan sekelasnya Nishikata, dan percubaan Nishikata yang gagal untuk membalasnya. Di Amerika Utara, manga ini dilesenkan oleh Yen Press.

Siri televisyen anime oleh Shin-Ei Animation ditayangkan dari Januari hingga Mac 2018. Sebuah animasi video asal (OVA) dilancarkan pada bulan Julai 2018. Musim kedua disiarkan dari Julai hingga September 2019. Musim ketiga ditayangkan pada Januari hingga Mac 2022, manakala sebuah filem juga akan dikeluarkan pada Jun tahun yang sama.

Pada tahun 2021, Karakai Jōzu no Takagi-san memenangi Anugerah Manga Shogakukan ke-66 dalam kategori shōnen.