Gegar Vaganza (musim 7)
| Gegar Vaganza | |
|---|---|
| Musim 7 | |
| Dihoskan oleh | Dato' AC Mizal (Minggu 1) Nabil Ahmad Jihan Muse |
| Juri | Dato' Ramli M. S. Dato' Khadijah Ibrahim |
| Bil. peserta | 14 |
| Juara | Cliff Umar |
| Naib juara | Muss |
| Lokasi | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
| Penaja Utama | Farm Fresh |
| Bil. episod | 10 |
| Keluaran | |
| Rangkaian | Astro Ria |
| Tarikh siaran | 11 Oktober – 13 Disember 2020 |
| Kronologi musim | |
Gegar Vaganza bagi musim yang ketujuh bermula pada 11 Oktober 2020 dan disiarkan pada hari Ahad jam 9:00 malam dengan Episod Akhir pada 13 Disember 2020. Musim ini menampilkan 14 peserta daripada Malaysia sahaja. Pada musim ini, penaja utamanya ialah Farm Fresh dan penaja bersama ialah DiGi, Adabi (PowerCat), Cuckoo dan penaja baru Foodpanda. Penyanyi lagenda, Dato' Khadijah Ibrahim kembali sebagai juri tetap bersama Dato' Ramli MS. Pengacara bagi musim ini masih lagi mengekalkan duo pelawak terkemuka iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.