CelcomDigi
| Nama dahulu | Digi.Com Berhad (28 Mac 1997 – 30 November 2022) |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Awam |
| Didagangkan sebagai | MYX: 6947 |
| Industri | Telekomunikasi |
| Pendahulu | Celcom Berhad |
| Ditubuhkan | 30 November 2022 |
| Pengasas | Tan Sri Halim Saad Tan Sri Vincent Tan |
| Ibu pejabat |
|
| Tokoh penting |
|
| Keluaran | Suit protokol Internet |
| Jenama |
|
| Perkhidmatan | Rangkaian mudah alih satelit, jalur lebar gentian, 2G (GSM), 3G, 4G, dan 5G |
| Pemilik | Khazanah Nasional Berhad |
| Bilangan kakitangan | 5,473 (2023) |
| Syarikat induk | |
| Anak syarikat | lihat senarai ini |
| Nisbah modal | Celcom |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
CelcomDigi Berhad (menjalankan perniagaan sebagai CelcomDigi), dahulunya dikenali sebagai Digi.Com Berhad (menjalankan perniagaan sebagai Digi), merupakan penyedia perkhidmatan konglomerat telekomunikasi dan telefon bimbit di Malaysia. Axiata dan Telenor memegang pemilikan yang sama dalam CelcomDigi pada 33.1% setiap satu. Pada 1995, Digi menjadi syarikat Telekomunikasi pertama di Malaysia untuk melancar dan mengendalikan rangkaian selular yang digital sepenuhnya.
Kod telefon yang digunakan ialah seperti "NHDTB-572, 016, 014-32, 014-35, 014-30, MARD-090, 014-31 dan 014-6,010-95, 011-31".
Pada 21 Jun 2021, Axiata, Telenor dan Digi bersetuju dengan potensi penggabungan Celcom dan Digi untuk mewujudkan syarikat telekomunikasi yang lebih kukuh di Malaysia, selepas perbincangan lanjutan yang berlangsung dua bulan sebelumnya. Jika diluluskan, penggabungan akan selesai pada penghujung 2022. Perjanjian itu telah diluluskan oleh kedua-dua pemegang saham Celcom dan Digi pada 18 November 2022. Syarikat yang digabungkan itu dinamakan CelcomDigi. Apabila selesai, Axiata dan Telenor akan memegang pemilikan sama sebanyak 33.1% setiap satu dalam syarikat yang baru digabungkan itu. Penggabungan telah selesai pada 30 November 2022 dan syarikat itu memulakan operasinya pada hari berikutnya. Digi.Com Berhad kemudiannya dinamakan semula kepada CelcomDigi Berhad pada 27 Februari 2023.
Selain daripada itu, bermula 31 Disember 2025 kedua-dua aplikasi lama Celcom Life dan MyDigi akan ditamatkan sepenuhnya dan digantikan oleh aplikasi terbaharu CelcomDigi pada 7 Oktober 2025. Sebelum pelancaran aplikasi CelcomDigi kedua-dua aplikasi lama Celcom Life dan MyDigi yang selama ini adalah secara berasingan sejak Celcom dan Digi bergabung pada tahun 2022.
Antara pengarah perhubungan awam Magnum dan CelcomDigi ialah Tan Sri Nallakaruppan Solaimalai, tokoh yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim dan kini menjadi musuh politiknya.