Gegar Vaganza (musim 11)
| Gegar Vaganza | |
|---|---|
| Musim 11 | |
| Dihoskan oleh | Nabil Ahmad Jihan Muse (Minggu 1-5) Sherry Alhadad (Minggu 6-12) |
| Juri | Dato' Ramli MS Hetty Koes Endang Datuk Syafinaz Selamat |
| Bil. peserta | 14 |
| Juara | Liza Aziz |
| Naib juara | Ning Baizura |
| Lokasi | Auditorium MBSA, Shah Alam |
| Penaja Utama | Farm Fresh |
| Bil. episod | 12 |
| Keluaran | |
| Rangkaian | Astro Ria Astro Prima (Minggu 1 Sahaja) |
| Tarikh siaran | 24 November 2024 – 9 Februari 2025 |
| Kronologi musim | |
Gegar Vaganza bagi musim yang kesebelas bermula 24 November 2024 dan setiap hari Ahad jam 9:00 malam. Pada musim ini, penaja utamanya ialah Farm Fresh dan penaja bersama ialah CelcomDigi, Adabi (Powercat) dan Cuckoo, Sekali lagi penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang kembali sebagai juri tetap bersama Dato' Ramli MS dan bersama Datuk Syafinaz Selamat. Pengacara bagi musim ini ialah Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Pada minggu ke-6, Sherry Al-Hadad telah menggantikan Jihan Muse yang sedang sarat mengandung.