Gecko (enjin susun atur)
| Gecko | |
|---|---|
| Pembuat asal | Netscape |
| Pembangun | Mozilla Foundation / Mozilla Corporation |
| Pelancaran pertama | 1998 |
| Versi terkini/stabil | 1.9.2.13 (9 Disember 2010) |
| Versi pratonton | 2.0b8 (22 Disember 2010) |
| Ditulis dalam | C++ |
| Sistem pengendalian | Cross-platform |
| Jenis | Enjin susun atur, Perisian bebas dan sumber terbuka |
| Genre | Enjin susun atur |
| Lesen | MPL/GPL/LGPL |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | devmo:Gecko |
| Repositori | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Gecko merupakan enjin susun atur pelayar web bebas dan terbuka yang digunakan dalam semua perisian berjenama Mozilla dan terbitannya termasuklah keluaran Netscape yang terkemudian (telah dihentikan). Ditulis dalam C++ dan dilesenkan di bawah tri-lesen MPL/GPL/LGPL, Gecko dirangka untuk menyokong piawaian Internet terbuka. Asalnya dicipta oleh Netscape Communications Corporation, pembangunannya kini diselia oleh Yayasan Mozilla.
Gecko menawarkan banyak pengaturcaraan API yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai fungsi dalam penggunaan Internet seperti pelayar web, penyampaian kandungan dan pelanggan/pelayan. Ia terutamanya digunakan oleh derivatif pelayar Mozilla, seperti Firefox, Camino, Flock, SeaMonkey, K-Meleon dan Netscape, untuk memaparkan tapak web dan, dalam sesetengah kes, antara muka pengguna penggunaan yang ditulis dalam XUL. Gecko bersifat pelantar silang dan boleh digunakan pada beberapa sistem pengendalian berlainan, termasuklah Microsoft Windows, BSD, Linux dan Mac OS X.
Gecko ialah enjin susun atur yang kedua paling popular di Web, selepas Trident (digunakan oleh Internet Explorer untuk Windows sejak versi 4), dan diikuti oleh WebKit (digunakan oleh Safari & Google Chrome) dan Presto (digunakan oleh Opera).