Mozilla

Mozilla ialah sebuah masyarakat perisian bebas terkenal dengan pelayar web Firefox. Masyarakat Mozilla mengguna, membangun, mengedar dan menyokong produk-produk Mozilla, dan bekerja untuk memajukan matlamat-matlamat Web Terbuka yang terkandung dalam Mozilla Manifesto. Masyarakat disokong secara institusinya oleh Yayasan Mozilla dan subsidiari yayasan, Perbadanan Mozilla.

Selain pelayar Firefox, Mozilla juga mengeluarkan Firefox Mobile, sistem pengendalian perantai mudah alih Firefox OS, sistem pengesan pepijat Bugzilla dan beberapa projek lain.