Mozilla Firefox

Mozilla Firefox
Firefox 89 on Arch Linux
PembangunMozilla Corporation
Mozilla Foundation
Keluaran asal9 November 2004 (2004-11-09)
Versi stabil terkini135.0  (4 Februari 2025 (2025-02-04))
Versi tak stabil terkini136.0beta  (4 Februari 2025 (2025-02-04))
status pengembanganActive
Ditulis dalamC/C++, JavaScript, CSS, XUL, XBL
Sistem pengendalianWindows 10 atau lebih baharu
macOS Catalina atau lebih baharu
Linux
Android Lollipop atau lebih baharu
iOS 15 atau lebih baharu
iPadOS 15 atau lebih baharu
Termasuk denganPelbagai edaran Linux
EnjinGecko, SpiderMonkey dan Quantum, WebKit untuk iOS dan iPadOS
Saiz
  • Windows, x64: 68.2 MB
  • macOS: 151 MB
  • Linux, x64 : 69.5 MB
Tersedia dalam97 bahasa
Status pembangunanActive
JenisPelayar web
LesenMPL 2.0
Laman sesawangwww.mozilla.org/firefox

Mozilla Firefox ialah pelayar web percuma dan sumber terbuka yang diturunkan dari Mozilla Application Suite dan diuruskan oleh Mozilla Corporation. Setakat Oktober 2010, Firefox ialah pelayar kedua terlaris di dunia dengan 30% usage share of web browsers sedunia pada tahun 2010. Walaupun begitu, usage share Firefox telah merosot kepada 3.6% pada Disember 2024 dalam persaingan dengan Google Chrome. Firefox menggunakan enjin susun atur Gecko sumber terbuka, yang melaksanakan Web piawai bersama-sama dengan beberapa kandungan tambahan yang dimaksudkan seperti penambahan kepada piawai berkenaan.

Firefox memasukkan pelayaran bertab, satu pemeriksa ejaan, carian progresif, penanda buku langsung, satu pengurus muat turun, dan menyokong penambahan enjin carian dengan mengklik butang tetikus kanan pada bar alamat pada laman web yang mempunyai fungsi carian. Fungsi-fungsi boleh ditambah menerusi lebih daripada 36,000 add-ons yang dicipta oleh pemaju ketiga; Paling popular termasuklah uBlock Origin (penyekat iklan dan kandungan web berbahaya), VideoDownloadHelper (pemuat turun video), Privacy Badger (penyekat penjejak Web) dan Dark Reader (mod gelap untuk semua laman web).

Mozilla Firefox merupakan pelayar platform bersilang yang memberi sokongan kepada berbagai-bagai versi Microsoft Windows, macOS, Linux, termasuk sistem pengendalian mudah alih Android dan iOS. Namun begitu, kod sumbernya secara tidak rasminya telah disambungkan kepada sistem operasi lain, termasuk FreeBSD, OS/2, Solaris, SkyOS, BeOS, Windows XP Professional x64 Edition dan kini juga Haiku (melalui pelayar IceWeasel yang berasaskan Firefox).

Pelancaran versi stabil terkini adalah versi 135.0, yang dikeluarkan pada 4 Februari 2025. Kod sumber Firefox ialah perisian percuma yang dikeluarkan di bawah tri-lesen GNU GPL/GNU LGPL/MPL.