Opera (pelayar web)

Opera (pelayar web)
PembangunOpera Software
Keluaran asal1995
status pengembanganAktif
Ditulis dalamC++
Sistem pengendalianWindows
OS X
Linux
FreeBSD
iOS
Android
BlackBerry
Status pembangunanAktif
JenisPelayar web
LesenHak milik percuma dengan komponen sumber terbuka
Laman sesawangwww.opera.com

Opera merupakan satu pelayar web. Versi terkini pelayar web boleh beroperasi untuk sistem pengendalian Windows, Apple OS X dan Linux, ia menggunakan susun atur Blink (enjin susun atur). Setakat Ogos 2014, versi Linux berasaskan Blink boleh digunakan untuk para pembangun.

Opera juga boleh beroperasi untuk sistem operasi seperti Android, iOS, Symbian, Maemo, Bada, BlackBerry dan Windows Mobile, juga untuk peranti Java ME.

Opera Software menyatakan, pengguna seluruh dunia mencapai lebih 350 juta (lebih 270 juta pengguna mudah alih) dalam bulan Disember 2013. Opera terkenal dengan memulakan ciri Speed Dial, yang kemudian diikuti oleh pelayar web yang lain.