Palanivel Govindasamy
Palanivel Govindasamy | |
|---|---|
பழனிவேல் கோவிந்தசாமி | |
| Presiden ke-8 Kongres India Malaysia (MIC) | |
| Dalam jawatan 6 Disember 2010 – 23 Jun 2013 | |
| Timbalan | Subramaniam Sathasivam |
| Didahului oleh | Samy Vellu |
| Digantikan oleh | Subramaniam Sathasivam |
| Jawatan menteri | |
| 1995–1999 | Setiausaha Parlimen bagi Perpaduan Nasional dan Pembangunan Masyarakat |
| 1999–2004 | Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar |
| 2004–2009 | Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Malaysia |
| 2009–2011 | Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi |
| 2011–2013 | Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
| 2013–2015 | Menteri Sumber Asli |
| Gabungan politik yang diwakili dalam Dewan Rakyat | |
| 1990–2008 | Barisan Nasional |
| 2013–2018 | Barisan Nasional |
| Gabungan politik yang diwakili dalam Dewan Negara | |
| 2010–2013 | Barisan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Palanivel s/o K. Govindasamy 1 Mac 1949 Penang, Persekutuan Tanah Melayu (KiniMalaysia) |
| Meninggal dunia | 17 Jun 2025 (umur 76) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Kerakyatan | Rakyat Malaysia |
| Parti politik | Kongres India Malaysia (MIC) (1968–2014) Bebas (2014–2025) |
| Pasangan | Kanagam Palanivel |
| Anak | 4 |
| Kediaman | Kuala Lumpur |
| Tempat belajar | Universiti Malaya (Sarjana Muda Sastera) |
| Pekerjaan | ahli politik Wartawan Guru |
| Laman web | www |
Yang Berbahagia Datuk Seri Palanivel Govindasamy (Tamil: பழனிவேல் கோவிந்தசாமி; (lahir 1 Mac 1949 – 17 Jun 2025) atau lebih dikenali sebagai G. Palanivel atau Palani adalah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan ahli dan pernah berkhidmat sebagai Presiden ke-8 Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN), dari Disember 2010 hingga Jun 2013.. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dari Mei 2013 hingga Julai 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Ogos 2011 hingga Mei 2013, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Timbalan Menteri Kebajikan dan Pembangunan Keluarga. Beliau merupakan seorang Senator dari Mei 2010 hingga Mei 2013, Ahli Parlimen (MP) bagi Cameron Highlands dari Mei 2013 hingga Mei 2018 dan Hulu Selangor dari Oktober 1990 hingga Mac 2008.