Fullmetal Alchemist

Fullmetal Alchemist
Fullmetal Alchemist Logo
GenreFantasi, Pengembaraan, Drama, Aksi, Shōnen, Komedi
Diciptakan olehHiromu Arakawa
Manga
PengarangHiromu Arakawa
Penerbit Gangan Comics
VIZ Media
Chuang Yi (Cina dan Inggeris)
Tong Li
Jade Dynasty
Kurokawa
Planet Manga
Norma Editorial
Japonica Polonica Fantastica
Siam Inter Comic
Daiwon CI
Komik Remaja
Sangatsu Manga
Bonnier Carlsen
Editora JBC
Anime
PengarahSeiji Mizushima
StudioBONES
Penyiaran Asal MBS-TBS, Animax
TVB Jade
YTV
Cartoon Network (Adult Swim)
TV3, Animax (ASTRO) , ntv7
Channel U
Animax
Animax, Rede TV!
Chilevisión
Canal +
MTV Italia
GMA Network, Animax
Champ, Anione
Canal Buzz, Cuatro
Subtv
LNK
Dikeluarkan pada4 Oktober 20032 Oktober 2004

Fullmetal Alchemist (鋼の錬金術師, Hagane no Renkinjutsushi, "Ahli Alkimia Keluli"), (singkatan FMA atau Hagaren), merupakan siri manga hasil karya Hiromu Arakawa yang telah diadaptasikan kepada bentuk siri TV and filem anime, serta beberapa novel dan permainan video susulan.

Manga FMA masih diterbitkan di Jepun, dan sehingga kini 15 jilid telah dikeluarkan. Namun bentuk animenya, sebaliknya, sudah tamat siaran setelah 51 episod serta sebuah filem susulan. FMA telah meraih sambutan amat hangat di Jepun, Asia dan Amerika Utara; animenya diundi sebagai anime #1 paling digemari sepanjang waktu di Jepun dalam undian web anjuran TV Asahi pada September 2005. Anime ini juga berjaya mempertahankan kedudukan #1 dalam undian terbaru pada tahun 2006.