Gol & Gincu (filem)

Gol & Gincu
PengarahBernard Chauly
Dihasilkan olehLina Tan
Dibintangi
Muzik olehGreg Henderson
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGolden Screen Cinemas
Tarikh tayangan
  • 11 Ogos 2005 (2005-08-11) (Malaysia)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Gol Dan Gincu merupakan sebuah filem komedi romantik sukan Malaysia 2005 arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications dengan kerjasama Redfilms cerita asal Lina Tan dan Rafidah Abdullah. Filem ini diinspirasikan daripada filem komedi Legally Blonde (2001) dari Amerika Syarikat. Barisan pelakon terdiri daripada Fazura, Sazzy Falak, Melissa Maureen, Ashraf Sinclair dan Pierre Andre. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2005.

Sebuah siri TV dengan judul sama telah disiarkan di 8TV dari 4 Jun 2006 sehingga 30 September 2007. Kesinambungannya, Gol & Gincu Vol. 2 dijangka akan ditayangkan pada 25 Oktober 2018.