Legally Blonde
| Legally Blonde | |
|---|---|
| Pengarah | Robert Luketic |
| Lakon layar |
|
| Berdasarkan | Legally Blonde oleh Amanda Brown |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Anthony B. Richmond |
| Disunting oleh | Anita Brandt-Burgoyne |
| Muzik oleh | Rolfe Kent |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | Metro-Goldwyn-Mayer |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 96 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $18 juta |
| Pecah panggung | $141.8 juta |
Legally Blonde merupakan filem komedi Amerika Syarikat 2001 yang diadaptasi dari novel dengan judul yang sama oleh Amanda Brown. Ia diarahkan oleh Robert Luketic, skrip oleh Karen McCullah Lutz dan Kirsten Smith, serta dibintangi olehi Reese Witherspoon, Luke Wilson, Selma Blair, Matthew Davis, Victor Garber, dan Jennifer Coolidge.
Filem ini telah dilancarkan pada 13 Julai 2001, dan menerima kritikan positif dari pengkritik. Ia telah dicalonkan dalam Anugerah Golden Globe untuk Filem Terbaik: Muzikal atau Komedi. dan berada di tangga ke-29 oleh Bravo menerusi senarai 100 filem lucu pada tahun 2007. Witherspoon turut menerima pencalonan Golden Globe menerusi Pelakon Wanita Terbaik - Muzikal atau Komedi; dan MTV Movie Awards 2002 untuk Persembahan Wanita Terbaik.
Kejayaan filem ini telah menghasilkan kesinambungannya pada tahun 2003 Red, White & Blonde, dan 2009 Legally Blondes. Selain itu, Legally Blonde: The Musical yang dibintangi oleh Laura Bell Bundy telah bermula pada 23 Januari 2007 di San Francisco dan 29 April 2007 di Bandar Raya New York.