Ferdinand Schörner

Ferdinand Schörner
Schörner selaku Generaloberst pada 1944
Panglima Besar Tentera Darat
Jerman
Dalam jawatan
30 April 1945 – 8 Mei 1945
Didahului olehAdolf Hitler
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Maklumat peribadi
Lahir(1892-06-12)12 Jun 1892
Munich, Empayar Jerman
Meninggal dunia2 Julai 1973(1973-07-02) (umur 81)
Munich, Jerman Barat
Anugerah awamPour le Mérite
Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian
Tandatangan
Nama panggilanBlutiger Ferdinand (Bloody Ferdinand)
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PangkatGeneralfeldmarschall
PangkalanKumpulan Tentera Darat Selatan
Kumpulan Tentera Darat Utara
Kumpulan Tentera Darat Tengah
Oberkommando des Heeres
Perang/Pertempuran
Lihat pertempuran

Perang Dunia I

  • Pertempuran Caporetto

Perang Dunia II

Ferdinand Schörner (12 Jun 1892 – 2 Julai 1973) adalah seorang Fil Marsyal dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah beberapa kumpulan tentera darat dan merupakan Panglima Besar Tentera Darat Jerman yang terakhir.

Schörner adalah orang yang sangat berdisplin dan pengikut yang setia dengan arahan defensif Hitler. Kajian terbaru oleh sejarawan Amerika Howard Davis Grier dan sejarawan Jerman Karl-Heinz Frieser menggambarkan Schörner sebagai komander berbakat dengan keupayaan berorganisasi yang "mengagumkan" dalam mengurus kumpulan tentera darat yang berjumlah 500,000 orang semasa pertempuran pada akhir tahun 1944 di Perbatasan Timur. Beliau sangat keras dengan orang atasan serta orang bawahan dan menjalankan operasi mengikut kuasanya sendiri terhadap arahan Hitler apabila beliau menganggapnya perlu, seperti evakuasi Semenanjung Sõrve.

Schörner adalah pengikut Nazi yang yakin dan terkenal dengan kekejamannya. Menjelang akhir Perang Dunia II beliau adalah panglima perang kesukaan Hitler dan untuk itu beliau dilantik oleh Hitler sebagai Fil Marsyal Jerman pada April 1945. Sesudah perang beliau telah disabitkan dengan jenayah perang oleh mahkamah di Soviet Union dan Jerman Barat dan telah dipenjarakan di USSR, Jerman Timur dan Jerman Barat. Semasa kematiannya pada tahun 1973 beliau merupakan Fil Marsyal terakhir Jerman yang masih hidup.