Fenomena (album Search)
| Fenomena | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh Search | ||||
| Dilancarkan pada | Februari 1989 (Kaset) 1990 (Cakera Padat) | |||
| Genre | Hard rock, Heavy metal, Pop rock, Rock kapak | |||
| Syarikat | Go-Search PMC/BMG Pacific (edaran) | |||
| Penerbit | M. Nasir | |||
| Kronologi Search | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Fenomena ialah album studio keempat kumpulan Search yang dikeluarkan pada tahun 1989. Album Fenomena juga merupakan album pertama Search yang diterbitkan di bawah label mereka sendiri, Go-Search Sdn. Bhd. dan menjalinkan kerjasama dengan syarikat rakaman PMC (kemudiannya BMG Pacific) sebagai pengedar album. M. Nasir sekali lagi menyandang tugas sebagai penerbit album Search ini yang menggunakan kemudahan rakaman di Gins Studio, Jakarta; dan King's Studio, Kuala Lumpur.
Album Fenomena juga merupakan album Search pertama yang terdapat dalam bentuk cakera padat (CD). Bentuk kasetnya keluar pada tahun 1989, diikuti dengan versi CD pada tahun berikutnya yang menampakkan perbezaan dalam susunan lagunya. Album ini turut mengalami baik pulih digital dan rakaman tambahan untuk keluaran semula dengan judul Fenomena 2003.