MasterChef Selebriti Malaysia

MasterChef Selebriti Malaysia
GenreMemasak
FormatRancangan Realiti
PengacaraMohd Johari Edrus
Zubir Bin Md.Zain
Adu Amran Hassan
Lagu pembukaan"Impian Rasa" (Hazama & Fina)
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod12 (sehingga 12 Jun 2012)
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria & Mustika HD
Format gambar480i (SDTV) & 720 (HDTV)
Format audioStereo
Siaran asal26 Mei 2012
Kronologi
MengikutiMasterChef Malaysia (Musim 1)
Diikuti olehMasterChef Malaysia (Musim 2)
Pautan luar
Laman sesawang

MasterChef Selebriti Malaysia merupakan sebuah rancangan realiti Malaysia bertemakan permainan dan masakan. Ia merupakan penerbitan selingan bagi MasterChef Malaysia dan menampilkan selebriti Malaysia sebagai peserta. Setiap peserta juga mewakili badan kebajikan yang telah mereka pilih untuk diberikan sumbangan. Rancangan ini telah ditayangkan di Astro Ria dan Mustika HD bermula 26 Mei 2012.

Chef Jo dan Chef Zubir kembali sebagai juri rancangan ini. Bagaimanapun, Chef Riz tidak kembali dan tempatnya digantikan oleh Chef Adu Amran Hassan.