Dar al-Ifta Mesir

Dar al-Ifta Mesir
دار الإفتاء المصرية
Republik Arab Mesir
Intisari agensi kerajaan
Dibentuk1895M
JenisAgensi kerajaan
Eksekutif agensi kerajaan
Agensi induk
Republik Arab Mesir
Laman sesawang
https://www.dar-alifta.org

Dar al-Ifta Mesir (Arab: دار الإفتاء المصرية, rumi: 'Dār al-Iftā' al-Miṣriyyah', Melayu: Lembaga Fatwa Mesir) merupakan sebuah badan berkaitan kerajaan dan kehakiman serta penasihat agama di Mesir, yang ditubuhkan sebagai sebuah pusat Islam dan penyelidikan perundangan agama Islam di Mesir pada tahun 1895 Masihi / 1313 Hijrah. Ia menjalankan peranan dengan menasihati dan menjadi panduan hal ehwal agama Islam menerusi fatwa yang diterbitkan seharian dan berkaitan isu semasa.

Dar al-Ifta menggunakan al-Quran, hadis, dan pandangan para ilmuwan Islam silam untuk menyampaikan fatwa mengenai topik-topik yang berkaitan dengan umat Islam kontemporari. Fatwa-fatwanya mempengaruhi masyarakat Muslim Sunni di Mesir dan seluruh dunia.

Dar al-Ifta bertanggungjawab dalam pengurusan fatwa rasmi dan juga melibatkan perkara-perkara berkaitan perundingan perundangan melibatkan hukuman mati.