Estradiol
| Nama | |
|---|---|
| Nama IUPAC
Estra-1,3,5(10)-triena-3,17β-diol
| |
| Nama IUPAC sistematik
(1S,3aS,3bR,9bS,11aS)-11a-Metil-2,3,3a,3b,4,5,9b,10,11,11a-dekahidro-1H-siklopenta[a]fenantrena-1,7-diol | |
| Nama lain
Oestradiol; E2; 17β-Estradiol; 17β-Oestradiol
| |
| Pengecam | |
Imej model 3D Jmol
|
|
| ChEBI | |
| ChEMBL | |
| ChemSpider | |
| DrugBank | |
| ECHA InfoCard | 100.000.022 |
| Nombor EC |
|
| KEGG | |
PubChem CID
|
|
| UNII | |
CompTox Dashboard (EPA)
|
|
| |
| |
| Sifat | |
| C18H24O2 | |
| Jisim molar | 272.38 g/mol |
| -186.6·10−6 cm3/mol | |
| Farmakologi | |
| Kod ATC | G03CA03 |
| Data lesen |
|
| Kaedah pemberian | Mulut, sublingual, intrahidung, topikal, faraj, intraotot atau subkutaneus (sebagai ester), implan subkulit |
| Farmakokinetik: | |
| Mulut: <5% | |
| ~98%: • Albumin: 60% • SHBG: 38% • Free: 2% | |
| Hati (melalui penghidroksilan, pensulfatan, pengglukuronidaan) | |
| Mulut: 13–20 jam Sublingual: 8–18 jam Topikal (gel): 36.5 jam | |
| Urin: 54% Tahi: 6% | |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
| pengesahan (apa yang perlu: /?) | |
| Rujukan kotak info | |
Estradiol (E2) ialah sejenis hormon steroid estrogen dan hormon seks wanita utama. Ia terlibat dalam pengawalan kitaran pembiakan estrus dan kitaran haid. Estradiol bertanggungjawab kepada pembangunan ciri-ciri seks sekunder wanita seperti payudara, pelebaran pinggul dan corak pengedaran lemak berkaitan wanita. Ia juga penting dalam pembangunan dan penyelenggaraan tisu pembiakan wanita seperti kelenjar susu, rahim dan faraj semasa fasa akil baligh, dewasa dan kehamilan. Ia juga mempunyai kesan penting terhadap banyak tisu lain termasuk tulang, lemak, kulit, hati dan otak .
Walaupun tahap estradiol pada lelaki jauh lebih rendah daripada wanita, estradiol mempunyai peranan penting pada lelaki juga. Selain manusia dan mamalia lain, estradiol juga terdapat dalam kebanyakan vertebrata dan krustasea, serangga, ikan, dan spesies haiwan lain .
Estradiol dihasilkan secara utama dalam folikel ovari, tetapi juga dalam tisu lain termasuk testis, kelenjar adrenal, lemak, hati, payudara, dan otak. Estradiol dihasilkan dalam badan daripada kolesterol melalui satu siri tindak balas dan perantaraan. Laluan utama melibatkan pembentukan androstenedion, yang kemudiannya ditukar oleh aromatase kepada estron dan kemudiannya ditukar kepada estradiol. Alternatifnya, androstenedion boleh ditukar kepada testosteron, yang kemudiannya boleh ditukar kepada estradiol. Apabila berlakunya menopaus pada wanita, pengeluaran estrogen oleh ovari terhenti dan paras estradiol menurun kepada paras yang sangat rendah.
Sebagai tambahan kepada peranannya sebagai hormon semula jadi, estradiol digunakan sebagai ubat, contohnya dalam terapi hormon menopaus dan terapi hormon kewanitaan untuk wanita transgender.