Rahim
| Rahim | |
|---|---|
Imej menunjukkan struktur yang berbeza di sekitar dan berkaitan dengan rahim manusia. | |
| Butiran | |
| Pendahulu | Paramesonephric duct |
| Arteri | Arteri ovari, arteri rahim |
| Urat | Vena rahim |
| Limfa | Badan dan serviks ke nodus lomfa ilium dalam, fundus ke nodus limda para-aorta tambah nodus limfa inguinal supersifial. |
| Pengenalpastian | |
| nama bahasa Latin | uterus |
| nama bahasa Yunani | ὑστέρα (hystéra) |
| MeSH | D014599 |
| TA | A09.1.03.001 |
| FMA | FMA:17558 |
| Terminologi anatomi | |
Rahim (Jawi: رحيم), peranak, peranakan, merian atau uterus (daripada bahasa Latin, Ubt. & Bio.) ialah organ seks pembiakbakaan betina atau perempuan (untuk yang manusia) yang bertindak balas terhadap hormon utama kebanyakan mamalia termasuk manusia. Rahim ditempatkan di pelvis membelakangi pundi kencing dan mendepani rektum; salah satu hujungnya adalah pangkal yang sempit menuju ke arah faraj di hadapan badan si perempuan manakala satu hujungnya lagi yang lebih luas dianggap "badan" rahim disambung dua-dua sisinya dengan salur benih telur.
Rahim haiwan terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran mengikut jenis organisme: rahim manusia dikenalpasti berbentuk buah pir dan sekecil telur ayam pada tahap biasa luar kehamilan. Beberapa organisme seperti kucing dan babi serta jenis karnivor lainnya memiliki rahim yang terbelah dua.