Enver Pasha

Ismail Enver
Pemerintah de facto Empayar Uthmaniyah
Dalam jawatan
4 Januari 1914 – 13 Oktober 1918
Berkhidmat with Talaat Pasha dan Djemal Pasha
Menteri Perang Empayar Uthmaniyah
Dalam jawatan
4 Januari 1914 – 13 Oktober 1918
Perdana MenteriSaid Halim Pasha
Didahului olehAhmet Izzet Pasha
Digantikan olehAhmet Izzet Pasha
Maklumat peribadi
Lahir
Ismail Enver

(1881-11-22)22 November 1881
Constantinople, Vilayet Constantinople, Empayar Uthmaniyah
Meninggal dunia4 Ogos 1922(1922-08-04) (umur 40)
Republik Soviet Rakyat Bukhara (kini Tajikistan)
KewarganegaraanUthmaniyah
Parti politikJawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan
PasanganNaciye Sultan
AnakMahpeyker Hanımsultan
Türkan Hanımsultan
Sultanzade Ali Bey
Tempat belajarMaktab Tentera Uthmaniyah (1903)
Tandatangan
Perkhidmatan tentera
Cabang/khidmatTentera Uthmaniyah
Tahun khidmat1903–1918
PangkatMirliva, panglima tertinggi de facto
Perang/Pertempuran

Ismail Enver Pasha (Turki Uthmaniyah: اسماعیل انور پاشا; Turki: İsmail Enver Paşa; 22 November 1881 – 4 Ogos 1922) merupakan seorang pegawai tentera yang berkhidmat dalam Empayar Uthmaniyah. Beliau merupakan antara tokoh penting dalam Revolusi Turki Muda tahun 1908 serta turut mengetuai Tentera Uthmaniyah dalam kemaraan mereka di Eropah Timur serta menentang pihak Berikat sewaktu Perang Dunia Pertama.

Berikutan suatu rampasan kuasa yang berlaku pada bulan Januari 1913, Enver Pasha dilantik menjadi Menteri Perang Empayar Uthmaniyah. Beliau, Talaat Pasha dan Djemal Pasha membentuk suatu kerajaan langsung de facto dari tahun 1913 sehinggalah tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918. Dalam pemerintahan langsung ini jugalah mereka bertanggungjawab mengarahkan suatu pembunuhan beramai-ramai ke atas masyarakat kaum Armenia yang mengorbankan sekitar 800,000 hingga 1,800,000 orang dari bangsa tersebut.