Talaat Pasha
Mehmed Talaat | |
|---|---|
| Wazir Agung Empayar Uthmaniyah | |
| Dalam jawatan 4 Februari 1917 – 8 Oktober 1918 | |
| Raja | Mehmed V Mehmed VI |
| Didahului oleh | Said Halim Pasha |
| Digantikan oleh | Ahmed Izzet Pasha |
| Menteri Kewangan Empayar Uthmaniyah | |
| Dalam jawatan November 1914 – 4 Februari 1917 | |
| Raja | Mehmed V |
| Didahului oleh | Mehmet Cavit Bey |
| Digantikan oleh | Abdurrahman Vefik Sayın |
| Menteri Dalam Negeri Empayar Uthmaniyah | |
| Dalam jawatan 23 Januari 1913 – 4 Februari 1917 | |
| Raja | Mehmed V |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 April 1874 Kırcaali, Edirne Vilayet, Empayar Uthmaniyah (kini Kardzhali, Provinsi Kardzhali, Bulgaria) |
| Meninggal dunia | 15 Mac 1921 (usia 46–47) Berlin, Jerman |
| Kewarganegaraan | Uthmaniyah |
| Parti politik | Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan |
| Pasangan | Hayriye Talat Bafralı |
Mehmed Talaat (Turki Uthmaniyah: محمد طلعت; Turki: Mehmet Talât; 10 April 1874 – 15 Mac 1921), atau juga Talaat Pasha (Turki Uthmaniyah: طلعت پاشا; Turki: Talât Paşa), merupakan seorang negarawan dari Empayar Uthmaniyah. Beliau menganggotai Turki Muda malah merupakan salah seorang dari tiga tokoh yang memerintah Empayar Uthmaniyah secara de facto - sebagai Wazir Agung kerajaan tersebut - semasa meletusnya Perang Dunia Pertama.
Talaat bertanggungjawab dalam jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri empayar tersebut melaksanakan suatu pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat bangsa Armenia pada tahun 1915, beliau dijadikan sasaran gerakan nasionalis Armenia sehingga sendiri dibunuh anggota tersebut di Berlin, Jerman.