Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan
Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan (Turki Uthmaniyah: إتحاد و ترقى جمعيتی, rumi: İttihad ve Terakki Cemiyeti; İttihad ve Terakki Cemiyeti) merupakan sebuah pertubuhan rahsia yang ditubuhkan dalam Empayar Uthmaniyah pada Februari 1889 oleh sekelompok pelajar perubatan di Istanbul. Ia diwujudkan sebagai suatu wahana memperjuangkan pendemokrasian dan pembaharuan politik dalam kerajaan Uthmaniyah sebagai cara menyelamatkan keadaan dalam pemerintahan kerajaan tersebut, dengan Jepun zaman Meiji sebagai ilham.