Engku Ibrahim Engku Ngah
Almarhum Tan Sri Dato' Sri Haji Engku Ibrahim Engku Ngah PSM, PNBS, DSAP, DPMS, DSDK, DSMT, PSD, AMP, PPC, PJK | |
|---|---|
| Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | |
| Dalam jawatan 1989–2011 | |
| Didahului oleh | Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof A. Rahim bin Kassim (memangku) |
| Digantikan oleh | Syed Danial Syed Ahmad |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 15 April 1932 |
| Meninggal dunia | 11 Disember 2012 (umur 80) |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara |
| Pasangan | • Tengku Zahab Tengku Abdullah • Tengku Kalsum Tengku Wuk Mahmud |
| Anak | • Engku Murad Engku Ibrahim • Engku Lailani Engku Ibrahim • Engku Haliza Engku Ibrahim • Engku Abdul Rahman Engku Ibrahim • Engku Abdul Rahim Engku Ibrahim • Engku Ismail Engku Ibrahim |
| Ibu bapa | Engku Ngah Aminah Abdul Rahman |
Almarhum Tan Sri Dato' Sri Haji Engku Ibrahim bin Haji Engku Ngah (15 April 1932 — 11 Disember 2012) merupakan bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau berasal dari Besut, Terengganu Darul Iman.
Setiap kali awal awal bulan Syawal serta Hari raya Haji, beliau akan muncul di kaca televisyen RTM dan TV3 untuk mengumumkan tarikh penting kepada rakyat Malaysia terutama umat Islam tentang bila permulaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam 11 Disember 2012. Ia disahkan oleh adik beliau Allahyarham Engku Taib. Jenazah Allahyarham dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu iaitu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.