Hospital Selayang

Hospital Selayang
Kerajaan
Selayang, Selangor
Organisasi
PembiayaanHospital awam
JenisHospital pakar
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Sejarah
Dibuka ()
Perangkaan
Katil960
Pautan luar
Tapak sesawangLaman Web Rasmi Hospital Selayang
Portal perubatan
sunting ยท sunting di Wikidata

Hospital Selayang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Batu Caves, Selangor, Malaysia. Hospital ini mempunyai 960 buah katil, 20 disiplin klinikal ,dan menyediakan khidmat rawatan menengah dan rawatan lanjutan kebangsaan yang terpilih. Dalam pelaksanaan dan pembentukan Hospital Selayang, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur langkah oleh objektif Wawasan 2020 di mana Malaysia harus mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan menyempurnakan visi Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu Hospital Selayang adalah direka bentuk dan dilengkapi dengan peralatan canggih sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Hospital Selayang telah direka bentuk, dibina dan dilengkapi dengan Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh dengan satu matlamat operasi unggul. Merupakan hospital yang pertama di Malaysia dan di dunia yang beroperasi dengan sistem ini meliputi seluruh aspek operasinya. Untuk mencapai objektif keadaan fasiliti terbaik, organisasi berkesan dan berkemahiran tinggi, operasi dan pentadbiran dijamin untuk kejayaan hospital ini.

Hospital Selayang memiliki pusat gastroenterologi, reumatologi, renal dan hepatologi, serta pembedahan hepatobiliari, vitreoretinal, kolorektal dan pembedahan mikro. Menjadi hospital rujukan ia menyediakan khidmat pakar pesakit luar bagi kes-kes yang dirujuk sahaja. Di sini tiada menerima rawatan pesakit luar yang masuk begitu sahaja kecuali jika kes kecemasan dikendali dalam Jabatan Kecemasan. Hospital ini juga memfokuskan pada Khidmat Rawatan Ambulatori. Oleh itu Hospital Selayang telah mendedikasikan disiplin-pelbagai Pusat Rawatan Ambulatori yang mencakupi pembedahan rawatan harian, rawatan perubatan harian, perkhidmatan endoskopi dan lithotripter.

Buat masa kini, hospital ini adalah merupakan salah satu daripada hospital kerajaan yang digunakan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai hospital pengajar sementara bagi Fakulti Perubatan, memandangkan Hospital UiTM di kampus baru UiTM di Puncak Alam masih lagi dalam proses pembinaan.