Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
ڤنڽيمڤن موهر بسر راج٢
Penyandang
Tan Sri Dato' Seri Syed Danial Syed Ahmad
sejak 10 Januari 2011
GelaranYang Berbahagia
Lapor kepadaMajlis Raja-Raja
Bidang kuasaMalaysia
InstitusiPejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
PusatKuala Lumpur
Dilantik olehMajlis Raja-Raja
Penjawat sulungSultan Atau Raja raja Melayu
Dibentuk1 Februari 1948 (1948-02-01)
GajiTidak Diketahui
Tapak webwww.majlisraja-raja.gov.my
sunting · sunting di Wikidata

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (Jawi: ڤنڽيمڤن موهر بسر راج٢) merupakan pegawai yang menyimpan dan menjaga mohor besar raja-raja Malaysia. Beliau merupakan setiausaha Majlis Raja-Raja (MRR) yang juga bertindak sebagai jurucakap Majlis Raja-Raja. Orang yang dilantik menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ialah pegawai kanan kerajaan yang masih berkhidmat atau yang telah bersara.

Peranan beliau paling umum diketahui dan sering dilihat oleh rakyat Malaysia di televisyen adalah untuk mengumumkan permulaan puasa pada bulan Ramadan, dan tarikh hari keagamaan Islam, seperti Aidilfitri dan Aidiladha, di Malaysia mengikut perkenan Majlis Raja-Raja. Perihal ini mula dilaksanakan pada 1972 tatkala penyelarasan pengiraan dan sambutan hari-hari kebesaran tersebut dilaksanakan bagi seluruh Malaysia.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang terkini adalah Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sejak 10 Januari 2011.