Emping jagung

Emping jagung
Semangkuk emping jagung
JenisBijirin sarapan, cereal flakes, food preserve 
Tempat asalAmerika Syarikat
Kawasan/rantauSanitarium Battle Creek in Michigan
Dicipta olehJohn Harvey Kellogg (1894)
Will Keith Kellogg
Bahan utamaJagung kisar, gula, perasa malt
Bahan yang biasa digunakanCornmeal 
Keragaman/variasipelbagai
sunting ยท sunting di Wikidata

Emping jagung ialah bijirin sarapan yang dibuat dengan membakar empingan jagung. Empingan ini sering dimakan dalam sarapan bersama susu tetapi juga boleh diterapkan dalam masakan lain seperti sebagai saduran gorengan menggantikan serdak roti mahupun membuat kuih-muih tertentu.

Bijirin ini dicipta oleh John Harvey Kellogg pada tahun 1894 sebagai suatu idea makanan yang dia sangkakan sesuai bagi pesakit-pesakitnya di Sanitarium Battle Creek, Michigan, Amerika Syarikat. Bijirin sarapan ini terbukti digemari para pesakitnya dan syarikat The Kellogg Company ditubuhkan bagi mengeluarkan produk ini secara meluas kepada orang ramai. Proses pembuatan bijirin ini telah dipatenkan pada tahun 1896.