Kuih

Kuih
Pelbagai kuih berwarna-warni di Malaysia.
Nama alternatifkueh (Singapura), kue (Indonesia)
JenisPastri 
Jenis sajianSnek
Tempat asalBrunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura
Bahan utamaPelbagai snek traditional
sunting · sunting di Wikidata

Kuih (Jawi: کوءيه; Mal., Sin., kata ganda: kuih-muih کوءيه-موءيه), kueh (Sin.) atau kue (sstgh tempat Ind.) adalah makanan ringan atau pencuci mulut bersaiz kecil yang biasa ditemui serata Nusantara termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Kuih-muih ini seringkali mempunyai rasa manis, namun ada juga yang dimasak dengan rasa berlauk.