Dosa asal


Templat:Other uses2

Dosa asal, yang juga dipanggil dosa nenek moyang, ialah doktrin Kristian tentang keadaan kemanusiaan bagi dosa akibat daripada maksiat manusia, berpunca daripada penderhakaan Adam dan Hawa di dalam syurga, yakni dosa memakan buah dari pokok terlarang. Keadaan ini digambarkan dalam pelbagai cara, dari sesuatu yang tidak signifikan seolah-olah sedikit kekurangan, atau kecenderungan terhadap dosa namun tanpa kesalahan kolektif, yang dirujuk sebagai "fitrah dosa", hingga sesuatu yang drastik seolah-olah kehinaan sama sekali atau kesalahan autotamtik kesemua manusia menerusi kesalahan kolektif.

Konsep dosa asal pertama kali disebutkan pada kurun ke-2 oleh Irenaeus, Biskop Lyon dalam kontroversinya dengan penganut Gnostikisme dualistik. Tokoh-tokoh gereja lain seperti Augustine juga mengembangkan doktrin itu, memandangnya berdasarkan ajaran St. Paul dalam Perjanjian Baru (Orang Rom Templat:Bibleref2-nb dan 1 Orang Corinth Templat:Bibleref2-nb) dan ayat Perjanjian Lama dalam Mazmur Templat:Bibleref2-nb. Tertullian, Cyprian, Ambrose dan Ambrosiaster menganggap bahawa manusia berkongsi dosa Adam, yang dipindahkan oleh generasi manusia. Rumusan Augustine mengenai dosa asal adalah popular di kalangan pembaharu-pembaharu Protestan, seperti Martin Luther dan John Calvin, yang menyamakan dosa asal dengan keinginan berahi, mengakui bahawa ia tegar meskipun selepas pembaptisan dan memusnahkan kebebasan sepenuhnya. Gerakan Jansenisme, yang diisytiharkan Gereja Katolik sebagai sesat, juga berpegang bahawa dosa asal memusnahkan kebebasan kehendak.