Gereja Ortodoks Oriental

Gereja Ortodoks Oriental ialah sekumpulan gereja-gereja Kristian Timur yang mengikuti Kristologi Miafisit, dengan jumlah keseluruhan sekitar 60 juta ahli di seluruh dunia Gereja Ortodoks Oriental pada umumnya ialah sebahagian daripada tradisi trinitarian Pengakuan Iman Nicea dikongsi oleh gereja-gereja arus perdana hari ini, dan merupakan salah satu daripada cawangan yang tertua.

Sebagai beberapa institusi agama tertua di dunia, Gereja-gereja Ortodoks Oriental telah memainkan peranan penting dalam sejarah dan budaya Armenia, Mesir, Eritrea, Habsyah, Sudan dan sebahagian Asia Barat dan India. Sebuah badan Kristian Timur dari gereja-gereja autosepalus, para uskupnya setara berdasarkan penahbisan episkopal, dan doktrin-doktrinnya dapat diringkaskan di mana gereja-gereja tersebut mengakui kesahihan hanya tiga dewan ekumenis.