Metodisme

Methodisme merupakan suatu kelompok pecahan mazhab Protestan dalam agama Kristian hasil penulisan dan ajaran John Wesley. Ia bermula sebagai suatu gerakan pembaharuan dalam Gereja England (Anglikan) pada abad ke-18 tapi kemudiannya muncul sebagai suatu mazhab gereja yang tersendiri setelah kematian Wesley. Aliran ini banyak tersebar luas di serata Empayar British dan Amerika Syarikat kerana hasil kerja giat para mubaligh dan mempunyai sebanyak 80 juta anggota di 138 buah negara di seluruh dunia. Mereka digelar Methodist kerana cara mereka beribadah dan melayani orang lain pada waktu itu dan diberi kata 'Method dan ist' yang akhirnya disatukan dan terciptalah nama 'Methodist' yang dikenal pada masa ini di seluruh dunia.