Dim sam

Dim sam
Sarapan dim sam lazim di Hong Kong.
Dari kiri atas ke kanan bawah:
har gau, teh melur, bubur nasi ayam dan sayur, ladu kukus, chee cheong fun (di atas pinggan), pau ca siu
Tulisan Cina Tradisional點心
Tulisan Cina Ringkas点心
Hanyu Pinyindiǎn xīn
Jyutpingdim2 sam1

Dim sam (Jawi: ديم سم) merupakan sejenis masakan Cina merangkumi pelbagai hidangan ringan iringan jamuan teh (yam cha). Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. Juga, ibu bapa Cina suka membawa anak mereka di sana hari Ahad untuk bertemu dan berbual dengan datuk nenek mereka.

Sesetengah orang membawa surat khabar dengan mereka dan membincang berita dengan keluarga mereka. Sesetengah kedai makan Cina memberikan potongan harga pada menu hidangan yang dibeli sebelum 11:00 pagi dan potongan waktu teh selepas 2:00 petang untuk menggalakkan pelanggan mengelak dari datang pada waktu puncak makan tengah hari.