Celcom
| Nama dahulu | Celcom Axiata Berhad (5 Januari 1988 – 30 November 2022) |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Perniagaan |
| Industri | Perkhidmatan Telekomunikasi mudah alih |
| Ditubuhkan |
|
| Pengasas | Tan Sri Halim Saad |
| Dibubarkan | 30 November 2022 (syarikat) |
| Nasib | Digabungkan dengan CelcomDigi |
| Pengganti | CelcomDigi |
| Ibu pejabat | Menara Celcom Axiata 82 Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 53100, Kuala Lumpur, Malaysia. |
| Kawasan perkhidmatan | 01112758890 |
| Tokoh penting | Datuk Idham Nawawi (CEO) |
| Keluaran | Suit protokol Internet |
| Perkhidmatan | Rangkaian mudah alih satelit, jalur lebar gentian, 2G (GSM), 3G, 4G, dan 5G |
| Pemilik | |
| Syarikat induk | CelcomDigi |
| Tapak web | www.celcomdigi.com |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Celcom Berhad (dahulunya dikenali sebagai Celcom Axiata Berhad), biasa dikenali sebagai Celcom, ialah syarikat telekomunikasi mudah alih yang tertua di Malaysia dan juga sebuah ahli kumpulan syarikat Axiata Group Berhad (dahulunya dikenali sebagai TM International Berhad) dan dimiliki oleh CelcomDigi. Sebagai salah sebuah daripada bilangan syarikat yang amat sedikit di Malaysia yang mula-mula sekali memperoleh lesen perkhidmatan Telefon Bimbit, Celcom berjaya memperkenalkan perkhidmatan Telefon mudah alih di Malaysia melalui perkhidmatan ART-900 yang menggunakan Teknologi NMT-900 generasi pertama.