Dana khalayak

Pendanaan khalayak, pendanaan amam atau biayasama (bahasa Inggeris: crowdfunding) ditakrifkan sebagai suatu amalan pendanaan sebuah projek atau perusahaan melalui kutipan jumlah wang yang kecil dari sejumlah ramai orang, biasanya menggunakan medium Internet. Ia merupakan suatu bentuk sumber khalayak dan kewangan alternatif. Kaedah ini telah digunakan untuk mendana pelbagai jenis keusahawanan beruntung (for-profit entrepreneurship) seperti projek-projek kesenian dan kreatif, perbelanjaan tampungan perubatan, perlancongan, mahupun projek keusahawanan sosial yang bertumpukan masyarakat.

Terdapat anggaran yang dibuat pada tahun 2015 bahawa sebanyak sekitar AS$34 bilion telah diperolehi dengan cara ini.