Desperate Housewives

Desperate Housewives
GenreDrama
PenciptaMarc Cherry
PengarahLarry Shaw
David Grossman
dan lain
Dibintangi oleh
Teri Hatcher
Felicity Huffman
Marcia Cross
Eva Longoria Parker
Nicollette Sheridan
Ricardo Antonio Chavira
Andrea Bowen
Doug Savant
Kyle MacLachlan
Dana Delany
James Denton
Pencerita suara latar
Brenda Strong
Penggubah lagu tema
Danny Elfman
Lagu pembukaanDesperate Housewives Theme
PenggubahSteve Bartek
Stewart Copeland
Steve Jablonsky
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bilangan musim8
Bilangan episod180 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifMarc Cherry
Tom Spezialy (Musim 1-2)
Michael Edelstein (Musim 1-2)
Joe Keenan (Musim 3)
George W. Perkins (Musim 3-4)
Bob Daily (Musim 4)
John Pardee & Joey Murphy (Season 4)
Kevin Murphy (co-exec)
Chris Black (co-exec, Musim 2)
Larry Shaw (co-exec, Season 3)
David Grossman (co-exec, Musim 3)
Pemasangan kamera
Multi-camera
Tempoh siaran42 minit
Penyiaran
Saluran asalABC
Format gambar480i (SDTV),
720p (HDTV)
Format audio5.1-channel surround sound
Siaran asal3 Oktober 200413 Mei 2012
Kronologi
Rancangan berkaitan
Amas de Casa Desesperadas (2006–)
Donas de Casa Desesperadas (20072008)
Pautan luar
Laman sesawang

Desperate Housewives merupakan rancangan popular yang pernah diiktiraf oleh anugerah-anugerah besar seperti Anugerah Emmy dan Anugerah Golden Globe sebagai drama seri terbaik untuk genre komedi yang dicipta oleh Marc Cherry. Drama ini dibintangi oleh lima orang peneraju utama iaitu Eva Longoria Parker sebagai Gabrille Solis, Marcia Cross sebagai Bree, Teri Hatcher sebagai Susan, Felicity Huffman sebagai Lynette dan Nicollette Sheridan sebagai Edie Britt. Bermula daripada episod pengenalan, suara Brenda Strong digunakan sebagai penglipurlara siri ini. Di Malaysia siri ini ditayangankan di 8TV dan juga TV2 pada Akan Datang.

Watak kesemua mereka ini, menceritakan wanita-wanita yang sering berhadapan masalah cinta, seks, keluarga, suami, kerenah anak-anak yang nakal, jiran tetangga dan pelbagai lagi masalah yang tiada pengakhirannya.

Siri ini juga dikatakan berjaya mengumpulkan hampir 30 juta penonton di serata dunia untuk setiap episod. Malah siri ini juga pernah mengalahkan “ranking” Grammy Awards & People Choice Awards yang mana disiarkan pada waktu yang sama dengan drama bersiri popular ini. Drama ini telah bermula pada 3 Oktober 2004 menerusi American Broadcasting Company (ABC).

Rancangan yang menunjukkan permasalahan lima wanita yang mempunyai status diri tersendiri dan kisah yang menarik ini berlaku di Wisteria Lane, Fairview, terletak di negeri rekaan Eagle State, Amerika Syarikat. Templat:Spoiler