Dayang Mahani Pengiran Ahmad Raffae
Datuk Dayang Mahani Pengiran Ahmad Raffae (1951-2022) ialah ahli politik wanita Malaysia. Beliau merupakan mantan Menteri Kerja Raya Sabah dan mantan ADUN Lumadan selama tiga penggal (1986-1999). Di peringkat parti beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah (2001-2004).
Datuk Dayang Mahani Pengiran Ahmad Raffae | |
|---|---|
| Ahli Dewan Negara | |
| Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
| Dalam jawatan 21 Julai 2004 – 20 Julai 2007 | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Lumadan | |
| Dalam jawatan 1986–1999 | |
| Didahului oleh | Johari Mohamed Dun |
| Digantikan oleh | Surinam Sadikun |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1951 |
| Meninggal dunia | 6 Ogos 2022 (71 tahun) Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, Sabah |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
| Pasangan | Datuk Onn Ariffin |
| Ibu bapa |
|
| Pekerjaan | Ahli politik |