Dai-gensui
Dai-gensui | |
|---|---|
Maharaja Shōwa memakai pakaian seragam istiadat dai-gensui (tahun 1935) |
Pemerintah Panglima Tertinggi Tentera Darat dan Tentera Laut Imperial Jepun (Jepun: 大元帥陸海軍大将, rumi: Dai-gensui-riku-kai-gun-taishō) ialah pangkat tertinggi bagi Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun dari tahun 1870an hingga 1945, apabila Empayar Jepun dibubarkan. Pangkat dai-gensui merupakan pangkat tertinggi dalam Angkatan Tentera Imperial Jepun dan secara eksklusif disandang oleh Maharaja Jepun dalam kapasiti baginda sebagai Pemerintah Panglima Tertinggi. Pangkat ini secara rasmi dimansuhkan pada tahun 1945 susulan pembubaran angkatan tentera Imperial Jepun.