Angkatan Tentera Imperial Jepun

Angkatan Tentera Imperial Jepun

Bendera Imperial Jepun
Diasaskan 3 Januari 1868
Dibubarkan November 1945
Cabang khidmat * Tentera Darat Imperial Jepun

Pasukan separa tentera:

  • Kor Pemuda
Ibu pejabat Markas Besar Imperial
Kepimpinan
Maharaja Jepun Meiji (1868–1912)
Taishō (1912–1926)
Hirohito (1926–1945)
Pengerahan 18–35
Rencana berkaitan
Sejarah Sejarah ketenteraan Jepun
Pangkat Pangkat tentera darat
Pangkat tentera laut

Angkatan Tentera Imperial Jepun (Imperial Japanese Armed Forces atau IJAF) ialah gabungan angkatan bersenjata Empayar Jepun. Ditubuhkan semasa era Pemulihan Meiji pada tahun 1868, ia telah dibubarkan pada tahun 1945, sejurus selepas kekalahan Jepun kepada Pihak Bersekutu; penyemakan semula Perlembagaan Jepun, digubal semasa pendudukan pihak Bersekutu ke atas Jepun, menggantikan IJAF dengan Angkatan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) yang terkini.

Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) dan Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) berfungsi sebagai cabang utama tentera IJAF, dengan kuasa udara empayar dipecahkan antara Angkatan Udara Tentera Darat dibawah IJA dan Angkatan Udara Tentera Laut dibawah IJN.