Pemerintah Panglima Tertinggi

Pemerintah Panglima Tertinggi (Supreme Commander–in–Chief atau Supreme Commander) ialah gelaran bagi seseorang yang memegang kuasa pemerintahan paling tinggi ke atas angkatan tentera sesebuah negara (atau gabungan negara), kebiasaannya semasa zaman perang dan kadangkala juga pada waktu aman.

Pemerintah Panglima Tertinggi juga diberi kuasa luar biasa berhubung semua institusi awam dan individu dalam wilayah sesebuah negara dan kancah operasi ketenteraan (theater of war). Secara umumnya, ketua negara adalah Supreme Commander–in–Chief. Istilah Inggeris yang bersamaan pertama kali digunakan oleh Raja England, Scotland dan Ireland, Charles I (1625–1649). Di beberapa negara Komanwel British, jawatan ini digantikan oleh Gabenor Jeneral.