Copa América 2024

Copa América 2024
CONMEBOL Copa América
Amerika Syarikat 2024
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Amerika Syarikat
Tarikh20 Jun – 14 Julai
Pasukan16 (dari 2 konfederasi)
Tempat14 (di 14 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Argentina (Kejuaraan Ke-16)
Naib Juara Colombia
Tempat Ketiga Uruguay
Tempat Keempat Kanada
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan32
Jaringan gol70 (2.19 per perlawanan)
Kehadiran1,506,578 (47,081 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Lautaro Martínez
(5 gol)
Pemain terbaik James Rodríguez
Penjaga gol terbaik Emiliano Martínez
Anugerah Permainan Bersih Colombia
2021
2028

Copa América 2024 merupakan edisi ke-48 Copa América yang sedang berlangsung, kejohanan bola sepak lelaki antarabangsa yang dianjurkan oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL. Kejohanan ini diadakan di Amerika Syarikat dan dianjurkan bersama CONCACAF. Amerika Syarikat menganjurkan kejohanan itu buat kali kedua, setelah menjadi tuan rumah Copa América Centenario pada 2016. Kejohanan itu diadakan dari 20 Jun hingga 14 Julai 2024, yang dianjurkan oleh CONCACAF.

Argentina merupakan juara pada musim lepas, dan berjaya memenangi rekod kejuaraan keenam belas selapas mengalahkan Colombia dengan keputusan 1–0 selepas masa tambahan pada pentas akhir yang dimainkan pada 14 Julai 2024, di Stadium Hard Rock, Miami Garden, Florida.