Solanaceae

Solanaceae
Brugmansia suaveolens berbunga
dari US Botanic Garden
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
Angiospermae
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Asterids
Order:
Keluarga:
Solanaceae

Subfamili

Cestroideae
Goetzeoideae
Nicotianoideae
Petunioideae
Schizanthoideae
Schwenckioideae
Solanoideae

Solanaceae merupakan sebuah keluarga tumbuhan berbunga merangkumi pelbagai jenis herba, pokok menjalar, pokok akar dan pokok renek baik yang bermusim mahupun saka yang dimanfaatkan untuk ekonomi manusia termasuklah dalam pertanian, pembuatan ubat-ubatan, rempah-ratus, rumpai dan sebagainya. Banyak spesies dalam keluarga botani ini yang mengandungi alkaloid poten yang sesetengahnya amat toksik. Tetapi sesetengah ahli juga menjadi sumber makanan manusia. Keluarga ini tergolong dalam order Solanales, dalam kelompok asterid dikotiledon (Magnoliopsida).

Solanaceae terdiri daripada sekitar 98 genus dan kira-kira 2,700 spesies bertaburan dalam pelbagai habitat, morfologi dan ekologi di semua benua seluruh dunia kecuali Antartika; kepelbagaian spesies terbesarnya terdapat di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Evolusi keluarga ini dapat ditentukan dari Zaman Mesozoik berdasarkan peninggalan fosil tomatillo terletak di suatu tapak yang pernah menjad tasik jauh di pedalaman Patagonia, Argentina berusia 52 juta tahun dahulu.