Christopher Lee (United Kingdom)
Sir Christopher Lee CBE CStJ | |
|---|---|
Lee di Festival Filem Antarabangsa Berlin tahun 2013. | |
| Kelahiran | Christopher Frank Carandini Lee 27 Mei 1922 Belgravia, London, England |
| Meninggal dunia | 7 Jun 2015 (umur 93) Chelsea, London, England |
| Warganegara | British |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 1939–2015 |
| Pasangan | Birgit Krøncke (k. 1961) |
| Anak-anak | 1 |
| Saudara | Marie Carandini (great-grandmother) Harriet Walter (niece) |
| Kerjaya ketenteraan | |
| Kesetiaan | Finland (1939) United Kingdom (1940–1946) |
| Perkhidmatan | Tentera Darat Finland (1939) British Home Guard (1940) Tentera Udara Diraja British (1941–1946) |
| Tahun perkhidmatan | 1939–1946 |
| Pangkat | Flight Lieutenant |
| Pertempuran |
|
Sir Christopher Frank Carandini Lee CBE CStJ (27 Mei 1922 – 7 Jun 2015) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan penulis dari England, United Kingdom. Beliau terlibat dalam bidang lakonan ini selama hampir 70 tahun: beliau sering digandingkan bersama Peter Cushing dan banyak filem seram serta tampil dalam beberapa filem utama karya Tim Burton. Sejak kemunculannya sebagai watak Dracula dalam beberapa filem produksi Hammer Horror, beliau semakin diberikan watak penjahat termasuk Saruman dalam siri-siri filem Lord of the Rings dan Hobbit (2012–2014) serta Count Dooku dalam trilogi prekuel Star Wars(2002–2005).
Beliau diberikan kehormatan diraja oleh kerajaan United Kingdom atas jasa dan sumbangannya kepada bidang hiburan dan alam kebajikan pada tahun 2009. Beliau menerima kefeloan BAFTA pada tahun 2011 serta Kefeloan BFI pada tahun 2013.
Beliau turut terlibat dalam Tentera Udara Diraja British sebagai seoranf pegawai perisikan dalam Skuadron RAF No. 260 serta juga Special Operations Executive, duluan kepada Special Air Service yang wujud kini; beliau bersara dengan pangkat flight lieutenant tahun 1946.