Dracula (watak)
Drakula merupakan watak vampir penghisap darah yang tampil dalam novel Dracula karya Bram Stoker tahun 1897. Drakula adalah seorang bangsawan vampir yang diceritakan berasal dari bandar Transylvania yang terletak di Romania. Kelemahan Drakula ialah bawang putih, salib dan roti sakramen. Dia lebih lemah pada waktu siang namun cahaya matahari tidaklah terlalu berbahaya baginya. Watak ini kemungkinan diilhamkan Vlad Ţepeş, putera yang memerintah Wallachia pada abad ke-15 dengan kuku besi.