Chetnik

Pejuang

Chetnik

Pihak bersengketa dalam Perang Dunia II di Yugoslavia

Bendera Chetnik
dengan tulisan: "Untuk raja dan tanah air; kebebasan atau mati"
Aktif 1941–1945
Ideologi Lihat Bahagian ideologi
Pemimpin
  • Draža Mihailović
  • Ilija Trifunović-Birčanin
  • Dobroslav Jevđević
  • Pavle Đurišić
  • Momčilo Đujić
  • Zaharije Ostojić
  • Petar Baćović
  • Vojislav Lukačević
  • Dragutin Keserović
  • Jezdimir Dangić
  • Nikola Kalabić
  • Dragoslav Račić
  • Velimir Piletić
  • Karl Novak
Ibu pejabat Ravna Gora berhampiran Suvobor
Kawasan of
operasi
Taklukan Yugoslavia
Sekutu Pihak Bersekutu
  • Kerajaan buangan Yugoslavia (sehingga Ogos 1944)
  • Partisan (Julai–Oktober 1941)

Kuasa Paksi

Opponents Partisan (Oktober 1941–Mei 1945)

Kuasa Paksi

Perang/pertempuran
  • 1941:
    Pemberontakan di Serbia
    • Pemberontakan Drvar
    • Pertempuran Loznica
    • Penaklukan Banja Koviljača
    • Serangan ke atas Šabac
    • Serangan ke atas Kruševac
    • Operasi Mačva
    • Operasi Uzice
    • Pengepungan Kraljevo
    • Pemberontakan di Montenegro
      Pemberontakan Srb
      Pengepungan Rogatica
      Penaklukan Olovo
      Pertempuran Novi Pazar
      Operasi Mihailovic
      1942:
      Operasi Trio
      Chetnik sabotaj talian komunikasi Paksi
      Ofensif Montenegro
      Ofensif Kozara
      Operasi Alfa
      Operasi Kopaonik
      1943:
      Peti Putih
      Operasi Kugelblitz
      Pertempuran Grčarice
      Pengepungan Turjak
      Pertempuran Višegrad
      1944:
      Operasi Rösselsprung (1944)
      Operasi Halyard
      Pertempuran Knin
      1945:
      Operasi Mostar
      Operasi Sarajevo
      Pertempuran Lijevče Field
      Operasi Trieste
      Pertempuran Zelengora
      Pertempuran Poljana

Pejuang Chetnik (Abjad Cyril Serbia-Croatia: Четници, Bahasa Serbo-Croatia Latin: Četnici, disebut [tʃɛ̂tniːtsi]; Slovenia: Četniki), dikenali secara rasmi sebagai Detasmen Chetnik Tentera Yugoslavia, dan juga Tentera Darat Yugoslavia di Tanah Air dan Gerakan Ravna Gora, adalah royalis Yugoslavia dan gerakan nasionalis Serbia dan pasukan gerila di Yugoslavia taklukan Kuasa Paksi. Meskipun ia bukan gerakan seragam, ia dipimpin oleh Draža Mihailović. Walaupun ia adalah anti-Paksi dalam tujuan jangka panjangnya dan terlibat dalam aktiviti penentangan kecil untuk jangka masa yang terhad, ia juga terlibat dalam persubahatan taktikal atau selektif bersama tentera penjajah di keseluruhan peperangan. Gerakan Chetnik mendukung dasar persubahatan dengan Paksi, dan terlibat dalam kerjasama mewujudkan modus vivendi atau bergerak sebagai pasukan sokongan "legalise" dibawah penguasaan Paksi. Dalam jangka masa yang panjang, dan di bahagian yang berlainan dinegara ini, gerakan itu secara progresif terjebak kedalam perjanjian persubahatan: mula-mula dengan boneka Kerajaan Salvation Nasional di Wilayah Serbia taklukan Jerman, kemudian dengan Itali di taklukan Dalmatia dan Montenegro, dengan beberapa pasukan Ustaše di utara Bosnia, dan, selepas Itali menyerah kalah pada September 1943, dengan pihak Jerman secara langsung.

Pejuang Chetnik aktif dalam pemberontakan di wilayah Serbia taklukan Jerman dari Julai hingga Disember 1941. Akibat dari Pertempuran Loznica pada penghujung bulan Ogos, para pejuang Chetnik Mihailović' merupakan pasukan yang pertama membebaskan sebuah bandaraya Eropah dari cengkaman tentera Paksi. Susulan dari kejayaan awal pemberontakan itu, penjajah Jerman menggunakan formula Adolf Hitler untuk menekan penentang anti-Nazi di Timur Eropah, nisbah 100 orang tawanan dibunuh untuk setiap askar Jerman yang terkorban dan 50 orang tawanan dihukum mati untuk setiap askar Jerman yang cedera. Pada Oktober 1941, askar Jerman dan kolaborator Serbia melakukan 2 pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam di Kraljevo dan Kragujevac, dengan jumlah kematian yang terkumpul mencecah lebih 4,500 orang awam, kebanyakannya bangsa Serbia. Ini meyakinkan Mihailović bahawa membunuh askar Jerman akan hanya mengakibatkan kematian yang tidak perlu puluhan ribu orang Serbia. Oleh kerana itu, beliau memutuskan untuk mengurangkan serangan gerila Chetnik dan menunggu pendaratan tentera Bersekutu di rantau Balkan. Sewaktu persubahatan Chetnik mencapai ukuran "ekstensif dan sistematik", puak Chetnik sendiri merujuk dasar persubahatan mereka sebagai "mempergunakan musuh". Saintis politik Sabrina Ramet telah mencatat, "Program politik Chetnik dan persubahatan mereka telah didokumentasikan dengan banyak; ia lebih mengecewakan, kerana masih terdapat orang yang percaya bahawa pejuang Chetnik melakukan apa saja selain berusaha mewujudkan visi sebuah negara etnik Serbia Raya yang serumpun, mereka ingin maju, dalam jangka pendek, oleh dasar persubahatan dengan tentera Paksi".

Pejuang Chetnik adalah rakan kongsi dalam corak keganasan dan pengganasan balas yang bermula di Yugoslavia semasa Perang Dunia II. Mereka menggunakan taktik keganasan terhadap bangsa Croat di kawasan dimana bangsa Serb dan Croat saling bergaul, terhadap penduduk Islam di Bosnia, Herzegovina dan Sandžak, dan terhadap Komunis pimpinan Partisan Yugoslavia dan penyokong mereka di semua kawasan. Taktik ini merangkumi pembunuhan orang awam, membakar kampung-kampung, pemusnahan harta benda dan menambah ketegangan etnik antara bangsa Croat dan Serb. Taktik keganasan terhadap bangsa Croat, setidaknya, merupakan tindak balas terhadap keganasan yang dilakukan oleh Ustaše, bagaimanapun pembunuhan terbesar Chetnik berlaku di timur Bosnia dimana mereka mendahului operasi Ustashe. Bangsa Croat dan Bosniak yang tinggal di kawasan Serbia Raya akan dibersihkan dari orang bukan Serbia, sesuai dengan arahan Mihailović' yang bertarikh 20 Disember 1941. Keganasan terhadap Partisan komunis dan pendokong mereka telah didorong secara ideologi. Beberapa orang sejarawan menganggap tindakan Chetnik semasa tempoh ini sebagai pembunuhan beramai-ramai. Anggaran jumlah kematian yang disebabkan oleh pejuang Chetnik di Croatia dan Bosnia Herzegovina bermula dari 50,000 hingga 68,000 orang, manakala lebih 5,000 mangsa didaftarkan di wilayah Sandžak. Kira-kira 300 kampung dan bandar kecil telah dimusnahkan, berserta dengan sejumlah besar masjid dan gereja katolik.