Bosniak

Bosniak
Bošnjaci
Бошњаци
Jumlah penduduk
2.8 – 4.6 juta (aggr.)
Kawasan ramai penduduk
 Bosnia dan Herzegovina1,769,592
 Amerika Syarikat350,000
 Jerman158,158
 Serbia145,278
 Austria128,047
 Sweden80,000
 Montenegro53,605
 Switzerland46,773
 Croatia31,479
 Kosovo27,533
 Slovenia21,542
 Denmark21,000
 Australia17,993
 Makedonia Utara17,018
 Norway16,338
 Itali3.600
 Belgium2,182
 Kesatuan Eropah jumlah400,000
Bahasa
Bosnia
Agama
Tradisinya Sunni Islam (lihat Keagamaan)
Kumpulan etnik berkaitan
Slav Selatan lain

1According to estimates commissioned in 2008 by the National Security Council of Turkey (Milli Güvenlik Kurulu) some 2,000,000 Turkish citizens are of Bosniak ancestry as mainly descended from Bosniak emigrants in the 19th and early 20th century.

Bosniak (Bahasa Bosnia: [Bošnjaci] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)/Бошњаци, disebut [boʃɲǎːt͡si]; lelaki: Bošnjak/Бошњак, perempuan: Bošnjakinja/Бошњакиња) adalah sebuah kumpulan etnik dan negara Slavic selatan yang ramai mendiami kawasan di Bosnia dan Herzegovina. Terdapat juga minoriti Bosniak yang tinggal di negara-negara lain di rantau Balkan; terutamanya di wilayah Sandžak dalam Serbia dan Montenegro (di mana Bosniak membentuk sebuah majoriti serantau), dan di Croatia dan Kosovo. Secara tipikalnya, Bosniak mempunyai kaitan sejarah dengan wilayah bersejarah Bosnia, yang mana majoritinya memeluk agama Islam sejak kurun ke-15 dan 16, budaya dan bahasa Bosnia yang sama. Penutur bahasa Inggeris biasanya merujuk Bosniak sebagai Muslim Bosnia atau ringkasnya sebagai orang Bosnia, meskipun istilah yang terakhir juga boleh merujuk kepada semua penduduk di Bosnia dan Herzegovina (tidak kira asal usul etnik) atau juga digunakan bagi merujuk pada kewarganegaraan di negara ini.

Lebih daripada dua juta Bosniak tinggal di Balkan, dengan anggaran lebih sejuta lagi tinggal dan hidup di seluruh dunia. Pembersihan etnik Bosniak semasa Perang Bosnia (1991–95) telah menjejaskan taburan penduduk di wilayah ini. Sebahagian di sebabkan oleh peristiwa ini, diaspora Bosniak yang ketara wujud di beberapa negara termasuk Austria, Jerman, Australia, Sweden, Turki, Kanada dan Amerika Syarikat.