Cenderawasih
| Burung Cenderawasih | |
|---|---|
| Raggiana bird-of-paradise (Paradisaea raggiana) | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Aves |
| Order: | Passeriformes |
| Superkeluarga: | Corvoidea |
| Keluarga: | Paradisaeidae Vigors, 1825 |
| Genera | |
|
15 genera, 42 spesies | |
Cenderawasih atau burung dewata (Bac.) atau manuk dewata (Mal.) ialah sejenis burung dalam ordo Passeriformes keluarga Paradisaeidae. Ia terdapat di kawasan Utara Malaysia, Timur Indonesia, New Guinea dan Tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.
Jenis burung ini yang paling terkenal adalah dari spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis cenderawasih besar atau Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan.
Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.
Burung ini pernah mendiami di kawasan Bukit Lagi atau turut dikenali sebagai Gua Cenderawasih di negeri Perlis,Malaysia