Hula-hula

Hula-hula atau hula ialah sejenis tarian yang khusus kepasa Kepulauan Hawaii.

Seni ini mempunyai banyak jenis yang dipersembahkan. Jenis-jenis hula ini boleh dibahagikan menurut gaya, tema, atau zaman; Hula Preservation Society mencatat sekitar 300 jenis hula. Jenis-jenis hula ini pula boleh dikelompokkan menjadi dua kategori utama: hula kahiko ("hula lama") yang asal diiringi nyanyian dan mainan alat muzik tradisional dan huka ʻauana ("hula kearusan/kehanyutan") yang menerapkan alat-alat muzik moden seperti gitar dan ukulele.