Paradisaea
| Paradisaea | |
|---|---|
| Cenderawasih Raggiana (Paradisaea raggiana) | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Aves |
| Order: | Passeriformes |
| Keluarga: | Paradisaeidae |
| Genus: | Paradisaea Linnaeus, 1758 |
| Spesies jenis | |
| Paradisaea apoda (cenderwasih besar) Linnaeus, 1758
| |
| Sinonim | |
| |
Paradisaea ialah genus burung yang terdiri daripada tujuh spesies daripada keluarga burung cenderawasih atau Paradisaeidae. Genus ini boleh ditemui di pulau New Guinea selain pulau-pulau terdekat dalam gugusan Kepulauan Aru, Kepulauan D'Entrecasteaux dan Kepulauan Raja Ampat. Spesies burung ini mendiami kawasan jenis hutan dari aras laut hingga hutan setengah gunung. Beberapa spesies mempunyai taburan yang sangat terhad dan kesemua spesies mempunyai taburan tersarak. Satu kajian pada 2009 yang menguji DNA mitokondrion keluarga ini mendapati bahawa cenderawasih Paradisaea berada dalam klad bersama dengan genus Cicinnurus. Ia menunjukkan bahawa cenderawasih biru ialah takson beradik bagi kesemua spesies lain dalam genus ini.
Kesemuanya bersaiz besar, dan dimorfisme secara seks. Warna bulu burung jantan termasuk mempunyai ciri-ciri bulu sayap tepi yang berkilat, dan sepasang bulu pelepah seperti wayar yang muncul dari hujung ekor. Bulu sayap pada bahagian sisinya akan digunakan semasa proses mengawan.
Nama Paradisaea, berasal daripada bahasa Latin "paradise". Nama tempatan di Indonesia ialah cenderawasih.