Cardcaptor Sakura

Cardcaptor Sakura
Cardcaptor Sakura volume 1 manga cover Japanese edition.
GenreGadis magis, Komedi, romantis, Shōjo
Manga
PengarangCLAMP
Penerbit Kodansha
Anime
PengarahMamoru Kanbe
StudioMadhouse Studios
Penyiaran Asal NHK, Animax
Animax
Cartoon Network, Rede Globo
Arutz Hayladim
Italia 1
Animax, ABS-CBN, Studio 23, GMA Network, QTV 11
VEO TV, K3
Kids' WB!
Star TV
Canal Panda
ntv7, TV3
Dikeluarkan pada7 April 199821 Mac 2000
Anime
Cardcaptor Sakura the Movie
PengarahMorio Asaka
StudioMadhouse Studios
Dikeluarkan pada August 21 1998
Anime
Cardcaptor Sakura the Movie II - The Sealed Card
PengarahMorio Asaka
StudioMadhouse Studios
Dikeluarkan pada 2000

Cardcaptor Sakura (カードキャプターさくら secara literalnya: Sakura - Si Penangkap Kad) atau diringkaskan dengan CCS atau Cardcaptors ialah siri manga/anime dari Jepun ciptaan kumpulan artis manga shoujo CLAMP. Anime ini telah pernah lama disiarkan melalui saluran NTV7 dan TV3 di Malaysia. Templat:Spoiler Cerita ini mengisahkan Sakura Kinomoto, seorang kanak-kanak perempuan sekolah rendah yang menemui dan membuka sebuah buku misteri dalam bilik ayahnya, yang setelah dibuka, kemudiannya menimbulkan peristiwa yang mengubah kehidupannya. Setelah membuka buku itu dan mengaktifkan kuasanya, kad-kad yang disimpan dalamnya, iaitu Kad Clow, keluar dari buku itu secara ajaib dan berterbangan dan tersebar di seluruh pekan Tomoeda yang juga tempat yang didiami keluarganya. Sakura diberi tanggungjawab mencari kesemua kad-kad Clow yang lain sebelum malapetaka berlaku di Tomoeda.

Sakura dibantu oleh penjaga buku tersebut yang dipanggil Keruberos atau dengan panggilan lain 'Kero' yang dipanggil Sakura, seekor singa yang bersayap dan mempunyai alas kepala seakan-akan topi keledar, serta sahabat karibnya Tomoyo Daidouji dalam pengembaraan mereka mencari kad-kad Clow dan menyelamatkan bumi daripada ancaman luar biasa.